Jas's FotoPage

By: Jas Alias

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 8-Nov-2016 22:41 Email | Share | | Bookmark
Chocolate cake azie kitchen


Best Moist Chocolate Cake Ever
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara Penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung. Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Chocolate Ganache
4 oz chocolate chips
1/3 cup heavy cream
1 sk unsalted butter
1/8 sk garam

Panaskan heavy cream tapi jangan sampai mendidih. Tuangkan ke dalam coklat chip dan tunggu hingga coklat chip mencair. Lepas tu, kacau sehingga sebati. Masukkan butter dan garam, kacau sebati. Bolehlah disapu pada kek yang telah disejukkan. Nota: Untuk kek 10x10, adunan ini perlu dibuat 2 adunan.


White Vanilla Icing

Bahan bahan:
2 cawan powdered confectionay sugar
1/4 ketul butter - suhu bilik
1 sk vanilla extract
1/8 sk garam
2 1/2 sb susu

Masukkan gula dan butter ke dalam mixing bowl dan putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan garam dan vanilla extract sambil terus diputar.

Akhir sekali, masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap adunan icing yang dikehendaki dan mudah disapu pada kek.


Buttermilk
Susu segar
1 sb white vinegar atau lemon juice

Masukkan white vinegar atau lemon ke dalam cawan. Tuangkan susu sehingga mencapai sukatan 1 cawan. Kacau rata.

Biarkan selama 5 minit dan sedia untuk digunakan.

[img]
http://4.bp.blogspot.com/-G4HiPrLrKL0/UFZyLvovAzI/AAAAAAAAUNc/PW8dw1BiCm4/s1600/IMG_7751.jpg


Wednesday, 21-Jan-2009 12:29 Email | Share | | Bookmark
Haji

 


Tuesday, 20-Jan-2009 12:45 Email | Share | | Bookmark
Syahid

 


Tuesday, 25-Nov-2008 23:33 Email | Share | | Bookmark
Takut

 
 
 
View all 5 photos...
Gambar di atas tiada kaitan dengan cerita di bawah.

Hari ni dapat mesej dari ustazah, Hanif nak bercakap dengan maknya.

Umi : Salam
Hanif : Salam
Umi : Kenapanya?
Hanif : Nak balik hari Jumaat
Umi : Kenapa nak balik hari Jumaat tunggulah hari Sabtu makcik datang ambil
Hanif : Takut
Umi : Takut apa?
Hanif : Musang
Umi : Issh, takut apanya halau jelah kalau musang masuk
Hanif : Dia ambil makanan kat atas almari tu..
Umi : Janganlah letak makanan kat situ. Nanti hanif halaulah kalau nampak dia datang, jangan takutlah. Nanti baca quran. Makcik ambil hari sabtu ok.
Hanif : Ok

Hanif : Umi dah bagi ke kereta tu kat makcik
Umi : Nanti umi bagilah, esok makcik datang rumah



Umi : Ayah musang tu macam mana bentuk dia? Tak pernah tengok musang ni.
Ayah : Bentuk macam kucing tapi dia panjang.



Monday, 17-Nov-2008 02:20 Email | Share | | Bookmark
10 hari lagi

Beg Ayah
Beg Umi
Beg kakak
View all 4 photos...
10 hari lagi.
Hari ni hantar anak-anak umi balik kg.
Ayah hantar abang Hanif balik asrama. Macam hantar mula-mula je pasal balik minggu ni macam dah tak nak balik asrama tinggal tilam ngan bantal je.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net